Selasa

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Bandar Paloh telah diasaskan oleh Tn. Hj. P. M. Mohammad dan Encik Sarib Bin Hj. Salleh. Kedua-dua telah meninggal dunia. Pada mulanya sekolah ini terletak di Ladang Kempas, Paloh dengan hanya mempunyai murid seramai 20 orang iaitu dalam sekitar tahun 60-an.

Memandangkan Ladang Kempas jauhnya lebih kurang 10km dari Bandar Paloh, maka Sekolah Melayu yang terletak di Ladang Kempas itu ditutup dan murid-muridnya berpindah ke Bandar Paloh dalam tahun 60-an juga.

Di Bandar Paloh, murid-muridnya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) jalan Stesyen, Paloh dengan jumlah murid lebih kurang 200 orang. Mereka terdiri daripada anak-anak melayu yang tinggal di ladang-ladang sekitar kawasan Paloh seperti Ladang Paloh, Ladang Sepuluh, Ladang kempas, Ladang Kelebang, Ladang Beradih, Ladang Central, Ladang Kali Malaya, Ladang Kim Sua, Ladang New Paloh, Felcra Batu Empat Paloh dan kawasan Bandar Paloh.

Pada tahun 1969 hingga 1972, murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Paloh berjumlah lebih kurang 700 orang. Tetapi mulai 1973, bilangan murid-murid di sekolah ini semakin berkurangan disebabkan lebih kurang 200 orang murid telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh di Kampung Melayu Batu 4, Paloh.

Pada tahun 1972, banyak lading-ladang baru telah dibuka di sekitar Paloh, tetapi bilangan murid-murid di sekolah ini tidak juga bertambah, sebaliknya bilang murid di sekolah ini semakin berkurangan apabila sekolah aliran bahasa Inggeris menjadi Sekolah rendah Kebangsaan. Pada awal tahun 1997, jumlah murid lebih kurang 400 orang yang terdiri dari anak-anak Melayu dan India yang tinggal di sekeliling Paloh untuk menimba ilmu di sini.

Berikut ialah senarai nama Guru-guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:

1) En. Jaafar Bin Mahsar
2) En. Azim Bin Zaman
3) En. Sarman bin Sarmidi
4) En. Ahmad Sari Bin Mustamal
5) En. Long Bin Rashid
6) Tn. Hj. Hussin Bin Abu Hir
7) Tn. Hj. Zolkepli Bin Yahya
8) Pn. Mazlin Bte. Idris
9) Tn. Hj. Ahmad Bin Hj. Kamari
10) Tn. Hj. Jaapar Bin Maamun
11) Tn. Hj Mohd Noh Bin Elias
12) En. Mahasan Bin Md Daud (sekarang)